Sabtu, 21 November 2015

PROGRAM SUMBANGAN ASNAF & FAKIR MISKIN KAMPUNG MEDAN / SIJANGKANG

15 Nov 2015 (Ahad). Biro Hal Ehwal Wanita & Kebajikan (HAWA) PPTIP sekali lagi melaksanakan tanggung jawab sosial mereka dengan memberikan sumbangan bantuan kepada keluarga asnaf dan fakir miskin juga anak yatim sekitar Kampung Medan dan Sijangkang.
Antara team bantuan yang melaksanakan pengagihan bantuan kepada asnaf dan anak yatim 
Pemilihan asnaf & fakir miskin ini diambil dari rekod data pelajar miskin dan yatim Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Kreteria pemilihan adalah terdiri daripada anak-anak yang benar-benar miskin. Ibu bapa pelajar tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak sihat untuk bekerja menyara keluarga.

Keadaan dapur kayu yang usang
untuk kegunaan memasak
Apa yang memeranjatkan team bantuan HAWA, masih lagi ada penduduk negari berstatus maju seperti Negeri Selangor yang miskin tegar di mana keluarga ini masih lagi menggunakan dapur kayu untuk memasak. Walaupun mereka tinggal dirumah PPRT namun mereka masih lagi menggunakan dapur kayu kerana ketidak mampuan mereka untuk membeli gas memasak.

Pada hari tersebut team bantuan yang diketuai oleh Pengerusi PPTIP En. Tajol Arifin Basri dan Ketua Biro HAWA Pn. Rohani Bt Saimi telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada enam buah keluarga asnaf dan anak yatim disekitar kawasan kampung Medan dan Sijangkang.

Semua penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur dengan apa yang telah disampaikan walaupun sumbangan dari PPTIP tidaklah seberapa, namun barangan yang disampaikan amat diperlukan oleh mereka. Antara barangan yang disampaikan termasuklah barang keperluan asas harian seperti beras, gula, kordial dan bahan-bahan makanan yang lain termasuk juga pakaian terpakai yang masih lagi baru dan cantik. Mereka juga telah menerima sejumlah wang tunai.

Program ini adalah hasil kerja Biro HAWA dan hasil kutipan TABUNG DERMA SUBUH ahli-ahli HAWA yang dilancarkan pada akhir tahun 2014 yang lalu. Program ini adalah program kedua biro mengagihkan hasil kutipan tabung tersebut.

SYABAS DAN TAHNIAH BIRO HAWA.

keluarga pertama : anak 4 tinggal bersama ibu mertua anak sulung bersekolah
di Banting, anak kedua berhenti sekolah darjah 6 kerana tak cukup
belanja wang saku, anak ke-3 darjah satu (dalam gambar)
dan anak ke-4 masih kecil berumur 3 tahun.

Senyum seorang ibu yang tak mampu berbuat apa-apa....
suami sakit lelah dan ambil upah kait buah sawit di kebun orang sekiranya sihat...

tersenyum menerima sedikit sumbangan yang dihulur..
disampaikan oleh Pn Siti Kalthum - Bendahari Biro HAWA

Wajah penuh pengharapan dari seorang cucu dan nenek yang telah uzur..

inilah keadaan rumah mereka untuk berteduh dari hujan dan panas..

keluarga ke-2 : Masih boleh bekerja membaiki smpan / bot nelayan.
 Isteri menjual kuih-muih dan nasi lemak di batu 1 Sijangkang.
Anak 14 salah seorang dari anaknya sedang belajar di luar negara
dan anak kecil masih darjah 3.


sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PPTIP En Tajol Arifin bin Basri


Keluarga ke-3 : tinggal menyewa di Taman Seri Medan.
Ketua keluarga bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah dan
 isteri baru memulakan kerja beberapa hari sebagai pembersih di sekolah.
 Anak ada 6 orang dan kesemuanya masih lagi dibawah umur dan masih bersekolah.



Sumbangan disampaikan oleh Pn Siti Kalthum bt Ali - Bendahari HAWA

Keluarga ke-4 : berniaga secara kecil-kecilan dihadapan sekolah SKKM.
Ketua keluarga sedang terlantar di hospital mengidap penyakit kanser.
Anak-anak masih bersekolah, salah sorang darinya belajar di SAMTA Sg. Manggis
 dan yang kecil-kecil berlajar di SKKM & SRAKM



Menerima sumbangan dari Bendahari HAWA pn. Siti Kalthum bt Ali

Keluarga ke-4: Seorang ibu tunggal yang menaggung 4 orang anak.
Bekerja membawa kereta pengangkutan anak-anak sekitar taman dan kampung
ke sekolah. 3 Anak masih bersekolah menanggah dan sekolah kebangsaan.
 Seorang dari anak memegang taraf OKU.

sedang diinterview oleh Ketua biro HAWA Pn. Rohani Bt Saimi


Keluarga ke-6 : menyewa tinggal di Taman Medan Jaya.
Sewa bulanan rumah RM500.00 sebulan dan tinggal berramai-ramai
 dengan nak-anak yang sudah bekeluarga. Memelihara cucu-cucu yang
masih bersekolah kerana abu dan ayah cucu-cucu mereka telah berpisah. 


Mengalami stroke dan tidak boleh lagi memandu taksi sehingga
taksi dipulangkan balik kepada syarikat akibat tidak lagi mampu membayar
sewa sebanyak RM150.00 sehari. Anak tingkatan 4 akan bekerja part-time
setelah habis waktu persekolahan untuk menolong meringankan beban keluarga.












  

Isnin, 31 Ogos 2015

MALAM AMBANG KEMERDEKAAN 2015


31 Ogos 2015 (Isnin) Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) telah menanjurkan satu program sambutan malam kemerdekaan yang diberi nama "AMBANG MERDEKA 2015" pada malam 30/08/2015, bertempat di padang Permainan Taman Iram Perdana. 

Majlis dimulakan pada jam 9:30 malam dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Bilal Masjid Jamiatul Islamiah Kampung Medan.  Para hadirin dihidangkan dengan jamuan "Steamboat" dan beberapa juadah sampingan yang disediakan sendiri oleh warga TIP. Majlis berlansung meriah dengan kehadiran penduduk-penduduk taman.
Bacaan doa selamat dipimpin oleh Tn. Haji Jaafar
(Bilal Masjid Jamiatul Islamiah Bt. 9 Kampung Medan.)

penyedian steamboat untuk jamuan malam tersebut
oleh kaum ibu yang hadir
Pelbagai hadiah cabutan baroqah disediakan untuk semua wakil-wakil rumah penduduk yang hadir dan acara kuiz kenegaraan dibuat untuk anak-anak TIP. 
Salah seorang dari pemenang cabutan baroqah
 En. Mohd Rizam dari Jalan IP 1
 menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengerusi PPTIP
Adik Mohd Adli Azizul menerima hadiah kuiz yang dimenaginya 
Tepat jam 12:00 tenggah malam (pagi) acara menaikkan bendera jalur gemilang dilakukan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (En. Tajol Arifin) dengan diiringi nyanyian lagu kebangsaan Malaysia oleh semua hadirin yang datang.

menaikkan bendera kebangsaan Jalur Gamilang
diiringi nyanyian lagu kebangsaan Negaraku oleh semua penduduk yang hadir
Majlis diserikan lagi dengan pertunjukkan bunga api sebagai penutup program. 
pertunjukan bungapi menyerikan lagi majlis 
Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada semua warga TIP, Barisan AJK PPTIP yang terlibat atas kerjasama menjayakan penganjuran program ini dari mula hingga akhir, Syabas dan tahniah kepada semua penduduk TIP. Semoga program yang dilangsungkan dapat merapatkan ukuwah sesama penduduk TIP.















Sabtu, 27 Jun 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH LANTIKAN AJK PPTIP SESSI 2014/2016

31 Mei 2015 (Ahad) Bertempat di Jalan IP 10 berhadapan padang permainan Taman Iram Perdana (TIP) berlangung satu majlis bersejarah kepada semua barisan AJK Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) yang diketuai oleh Pengerusinya En. Tajol Arifin Bin Basri atas kurniaan watikah lantikan sebagai Ahli-Ahli Jawatankuasa PPTIP untuk sessi 2014 hingga 2016. Penyampaian watikah lantikan telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hj Khairi, EXCO kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sijangkang.

Sebelum itu YB Dato' Exco telah berucap merasmikan SUKANEKA iaitu satu program tahunan anjuran PPTIP. Dalam ucapan YB Dato' menzahirkan rasa gembira di atas penganjuran program-program kemasyarakatan yang memupuk semangat kejiranan seperti yang dianjurkan oleh PPTIP ini. YB Dato' juga mengucapkan tahniah kepada PPTIP kerana berjaya menjadikan persatuan PPTIP satu badan NGO yang aktif dengan penganjuran-penganjuran program bermanafaat serta mampu memupuk semangat kejiranan dan kemasyarakatan.

Dato' Ahmad Yunus juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK yang dilantik dan berharap sumua AJK dapat meneruskan usaha menyatupadukan penduduk TIP dan menjalankan kerja dengan amanah dan ikhlas.

Antara AJK yang hadir menerima sijil-sijil perlantikan tersebut adalah:


YB Dato' Dr. Ahmad Yunus B Khairi dirinigi oleh
 En. Tajol Arifin B Basri (Pengerusi PPTIP), Tn. Hj Johari (Pengerusi JKKK)
dan En. Shaari Bin Sarkoni (Setiauasa MPP Zon 2)
PENGERUSI : En Tajol Arifin B Basri
TIMB. PENGERUSI : En Mohd Shahrin Bin Saari

BENDAHARI (baru) : En Zaibidi b Alias

BIRO AGAMA : En Azizul bin Abdullah

BIRO HALEHWAL WANITA (HAWA) : Pn. Rohani Bt Saimi
SETIAUSAHA BIRO HAWA : Pn. Siti Sanora Bt Hj Salleh

AJK BIRO HAWA : Pn Latipah Bt Yusop

AJK BIRO HAWA : Pn Juhaini Bt Makaruddin

BIRO KEMASYARAKATAN : Pn Sadiah Bt Tahir

AJK BIRO KEMASYARAKATAN : En Mohd Sabri Bin Abdul Aziz 

Pengerusi PPTIP menyampaikan cenderahati kepada YB Dato'
sebagai tanda terima kasih dan penghargaan 
Tiada digambar :

1. En Azlan Bin Bastani (Setiausaha)
2. En Shamsul Bahari B Bokhari (Biro Sukan & Rekrasi)

Sebahagian AJK yang tidak dapat hadir adalah : 
1. Ustaz Mohammad Shamsul b Misran (BIRO Agama)
2. En Mat Jais  (Biro Keselamatan & Keceriaan)
3. En. Latip (Biro Keselamatan & Keceriaan)
4. En. Ghazali (Tn. Penasihat)
5. Pn. Hasliza Bt Harun ( Timb. Setiausaha)

SUKANEKA TIP 2015

31 Mei 2015 (Ahad) Bertempat dipadang permainan Taman Iram Perdana (TIP), Jalan IP 10 berlangsung satu lagi program tahunan Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) yang mana pada hari ini program sukaneka TIP kali ke-3 dilangsungkan dengan jayanya.

Program dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Ahmad Yunus Bin Hj. Khairi, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sijangkang. Sebagai simbolik perasmian YB Dato berkenan membuat gimmik pelancaran dengan disaksikan dan dikerumuni oleh anak-anak TIP.

Pelbagai acara telah disusun untuk dipertandingkan kepada semua penduduk dari berbagai peringkat umur. Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga sungguh berpatutan dan bersesuaian untuk kegunaan seisi keluarga. Antara acara yang dipertandingkan 2 acara individu untuk setiap ketegori iaitu untuk ketegori kanak-kanak dari umur 6 tahun hingga 9 tahun, remaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun dan ketegori ibu bapa.. Manakala untuk acara berkumpulan pula sebanyak 4 acara untuk setiap ketegori. Rata-rata semua penduduk yang datang akan membawa pulang sekurang-kurangnya 2 hadiah diakhir program sukaneka berkenaan..

Semua penduduk yang hadir disediakan dengan sarapan pagi yang ditaja oleh MPP Zon-2 dan PPTIP dan makanan tenggahari juga disediakan untuk memudahkan mereka yang datang makan dan tidak perlu menyediakan masakan untuk makan tenggahari. Semua makanan ditanggung oleh MPP & PPTIP.

Beberapa orang AJK PPTIP sedang membuat persiapan padang untuk
SUKANEKA  yang akan dilangsungkan esok

Pendaftaran kehadiran dan teka biji betik oleh penduduk TIP

AJK Biro Sukan En Shamsul Bahari dibantu oleh AJK Biro Agama En Azizul
sedang menyediakan peralatan sukan baling belon berair..

AJK Hadiah bertungkuslumus menyusun dan menyeiakan persiapan
 hadiah agar penyampaian hadiah berjalan dengan lancar

Majlis Perasmiah oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Khairi
EXCO Kerajaan Selangor 
Gimmik pelancaran disempurnakan oleh YB Dato'

Sedia untuk acara kanak-kanak

Acara untuk bapa " Kupas limau kasturi"

Acara kaum ibu " Kupas Limau Kasturi"




Acara ibu " Carik-carik besambung jua"




Acara Remaja "Baling Belon Air"