Biro Hal Ehwal Wanita & Kebajikan (HAWA) adalah salah satu biro dibawah Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP). Biro ini dikhususkan untuk mengendali program-program berbentuk keilmuan dan kemasyarakatan kepada kaum ibu. Buat masa ini, biro HAWA sedang giat mencari ahli-ahli yang berminat dengan persatuan untuk bersama-sama dalam setiap program yang dirancang. Bagi melicinkan perjalanan dan perlaksanaan semua program yang dirancang, biro HAWA perlu mengumpulkan seberapa ramai kaum ibu yang sudi menyertainya.
Tiada kutipan yuran bulanan akan dikenakan daripada ahli-ahli yang berdaftar. Bayaran hanya dikenakan semasa pendaftaran iaitu sebanyak RM5.00 untuk keahlian seumur hidup. Bagi mengisi tabung dana biro tersebut, biro HAWA akan melancarkan TABUNG DERMA SUBUH yang akan dijual sebanyak RM3.00 satu tabung kepada setiap ahli HAWA. Hasil tabung inilah nanti yang akan dikutip oleh Bendahari biro dari setiap ahli untuk dijadikan sebagai dana untuk disedekahkan kepada mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan yang memerlukan. Dengan cara ini setiap ahli bukan sahaja dapat mendisiplinkan diri untuk menabung secara istiqomah tetapi dengan tidak disedari ia juga mengajar ahli bersedekah dan mendapat pahala sedekah yang sungguh mulia disisi Allah SWT.
Apa sebenarnya Tabung Sedekah Subuh nie yer? Tabung Sedekah Subuh ni konsepnya sama juga seperti kita sedekah macam yang biasa kita buat tu...Cuma Tabung Sedekah Subuh nie kita amalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk...
Cara-cara melaksanakan Tabung Sedekah Subuh
- Dapatkan sebuah tabung dari AJK Biro HAWA yang dijual dengan harga RM3.00 sebuah pada masa pelancaran 18/01/2015 nanti dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
- Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)...Tak letak pun tak per asalkan korang ingat nak sedekah subuh...
- Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa niat untuk dunia dan akhirat.
- Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.
- Waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.
- Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.
- Apabila sampai AJK pengutip dari Biro HAWA, anda keluarkanlah duit tersebut dan berikan kepada mereka untuk diagihkan kepada anak yatim atau asnaf yang benar-benar memerlukan dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain.
- Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan