31 Mei 2015 (Ahad) Bertempat di Jalan IP 10 berhadapan padang permainan Taman Iram Perdana (TIP) berlangung satu majlis bersejarah kepada semua barisan AJK Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) yang diketuai oleh Pengerusinya En. Tajol Arifin Bin Basri atas kurniaan watikah lantikan sebagai Ahli-Ahli Jawatankuasa PPTIP untuk sessi 2014 hingga 2016. Penyampaian watikah lantikan telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hj Khairi, EXCO kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sijangkang.
Sebelum itu YB Dato' Exco telah berucap merasmikan SUKANEKA iaitu satu program tahunan anjuran PPTIP. Dalam ucapan YB Dato' menzahirkan rasa gembira di atas penganjuran program-program kemasyarakatan yang memupuk semangat kejiranan seperti yang dianjurkan oleh PPTIP ini. YB Dato' juga mengucapkan tahniah kepada PPTIP kerana berjaya menjadikan persatuan PPTIP satu badan NGO yang aktif dengan penganjuran-penganjuran program bermanafaat serta mampu memupuk semangat kejiranan dan kemasyarakatan.
Dato' Ahmad Yunus juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK yang dilantik dan berharap sumua AJK dapat meneruskan usaha menyatupadukan penduduk TIP dan menjalankan kerja dengan amanah dan ikhlas.
Antara AJK yang hadir menerima sijil-sijil perlantikan tersebut adalah:
YB Dato' Dr. Ahmad Yunus B Khairi dirinigi oleh En. Tajol Arifin B Basri (Pengerusi PPTIP), Tn. Hj Johari (Pengerusi JKKK) dan En. Shaari Bin Sarkoni (Setiauasa MPP Zon 2) |
PENGERUSI : En Tajol Arifin B Basri |
TIMB. PENGERUSI : En Mohd Shahrin Bin Saari |
BENDAHARI (baru) : En Zaibidi b Alias |
BIRO AGAMA : En Azizul bin Abdullah |
BIRO HALEHWAL WANITA (HAWA) : Pn. Rohani Bt Saimi |
SETIAUSAHA BIRO HAWA : Pn. Siti Sanora Bt Hj Salleh |
AJK BIRO HAWA : Pn Latipah Bt Yusop |
AJK BIRO HAWA : Pn Juhaini Bt Makaruddin |
BIRO KEMASYARAKATAN : Pn Sadiah Bt Tahir |
AJK BIRO KEMASYARAKATAN : En Mohd Sabri Bin Abdul Aziz |
Pengerusi PPTIP menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' sebagai tanda terima kasih dan penghargaan |
1. En Azlan Bin Bastani (Setiausaha)
2. En Shamsul Bahari B Bokhari (Biro Sukan & Rekrasi)
Sebahagian AJK yang tidak dapat hadir adalah :
1. Ustaz Mohammad Shamsul b Misran (BIRO Agama)
2. En Mat Jais (Biro Keselamatan & Keceriaan)
3. En. Latip (Biro Keselamatan & Keceriaan)
4. En. Ghazali (Tn. Penasihat)
5. Pn. Hasliza Bt Harun ( Timb. Setiausaha)