Rabu, 31 Disember 2014

PAHIT MANIS 2014 & HARAPAN 2015

Hari ini akan berlabuhlah tirai tahun 2014 yang penuh dengan cabaran dan dugaan dari Allah buat umatNya. Berbagai kepayahan dan kesusahan terpaksa kita harunggi dengan penuh ketabahan. Ini semua Allah mahu melihat secekal mana dan sekuat mana hati kita berpegang kepada ketentuan Allah. Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini pasti tidak akan terlepas dari ujian Allah SWT. Begitu juga kita di Taman Iram Perdana ini. Berbagai dugaan dan cabaran yang harus diharungi untuk meneruskan kehidupan saharian kita.

Bagi pemimpin-pemimpin dan AJK PPTIP tahun 2014 adalah tahun yang sungguh penuh warna warni. Ada suka ada duka.. Berbagai kenangan pahit manis tercatat dalam sejarah PPTIP. Tahun 2014 telah mencacatkan memori manis bagi kita semua dimana tahun ini kita telah berjaya menjadikan Persatuan kita sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar sah di sisi undang-undang pertubuhan. 

Tahun 2014 juga telah menyaksikan PPTIP telah berjaya menganjurkan beberapa program besar termasuklah Program Sukaneka dan Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Biro Hawa dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Kuala Langat (DOA) juga telah berjaya mengadakan satu program keilmuan untuk mendalami ilmu agama yang dianjurkan sempena sambutan Ma'al Hijrah yang lalu. 

In Sha Allah pada tahun 2015 yang akan datang mulai tenggah malam ini, persatuan kita akan lebih berjaya dan maju. Mudah-mudahan Allah memberikan kita jalan yang mudah untuk kita melaksanakan program-program yang telah dirancang samada melalui persatuan induk atau melalui biro-bironya. 

Disamping kajayaan manis, tahun 2014 juga mencatatkan kepahitan kepada PPTIP. Hasil kutipan yuran persatuan amat tidak memuaskan. Kira-kira hanya 40% sahaja ahli / penduduk yang membuat bayaran yuran untuk sepanjang tahun ini walaupun berbagai kampen dan peringatan telah dibuat. Kami amat berharap tahun 2015 yang akan bermula esok dapat mencapai sasaran kutipan yuran lebih baik dengan melantik seorang AJK pengutip yang akan membuat kutipan dari rumah-kerumah. Hanya kerjasama dan kesedaran dari diri kita yang mampu merealisasikan kutipan yuran ini menjadi kenyataan. 

Untuk mencapai matlamat kejayaan persatuan kita, sama-samalah kita memberikan kerjasama kepada seluruh barisan Jawatankuasa dan Ahli-Ahli Jawatankuasanya sebagai peneraju pentadbiran persatuan. Berilah kometment dan kerjasama apa yang yang mereka mahukan samada dari segi kutipan yuran atau gotong-royong dalam perlaksanaan satu-satu program. Tanpa kerjasama dari komuniti, segala apa juga program yang dirancang tidak akan menjadi. 

Akhir kata saya selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga TIP termasuk TIP IP2 & IP 8. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih kebaikkan, kejayaan, keceriaan, kemudahan dan kesenangan kepada kita semua.

Ahad, 28 Disember 2014

PROGRAM BIRO HAWA PPTIP


PROGRAM 2015....


BIRO HAWA & TABUNG SUBUH

Biro Hal Ehwal Wanita & Kebajikan (HAWA) adalah salah satu biro dibawah Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP). Biro ini dikhususkan untuk mengendali program-program berbentuk keilmuan dan kemasyarakatan kepada kaum ibu. Buat masa ini, biro HAWA sedang giat mencari ahli-ahli yang berminat dengan persatuan untuk bersama-sama dalam setiap program yang dirancang. Bagi melicinkan perjalanan dan perlaksanaan semua program yang dirancang, biro HAWA perlu mengumpulkan seberapa ramai kaum ibu yang sudi menyertainya. 

Tiada kutipan yuran bulanan akan dikenakan daripada ahli-ahli yang berdaftar. Bayaran hanya dikenakan semasa pendaftaran iaitu sebanyak RM5.00 untuk keahlian seumur hidup. Bagi mengisi tabung dana biro tersebut, biro HAWA akan melancarkan TABUNG DERMA SUBUH yang akan dijual sebanyak RM3.00 satu tabung kepada setiap ahli HAWA. Hasil tabung inilah nanti yang akan dikutip oleh Bendahari biro dari setiap ahli untuk dijadikan sebagai dana untuk disedekahkan kepada mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan yang memerlukan. Dengan cara ini setiap ahli bukan sahaja dapat mendisiplinkan diri untuk menabung secara istiqomah tetapi dengan tidak disedari ia juga mengajar ahli bersedekah dan mendapat pahala sedekah yang sungguh mulia disisi Allah SWT.

Apa sebenarnya Tabung Sedekah Subuh nie yer? Tabung Sedekah Subuh ni konsepnya sama juga seperti kita sedekah macam yang biasa kita buat tu...Cuma Tabung Sedekah Subuh nie kita amalkan setiap hari selepas Solat Subuh dan sebelum waktu Syuruk...

Cara-cara melaksanakan Tabung Sedekah Subuh
  1. Dapatkan sebuah tabung dari AJK Biro HAWA yang dijual dengan harga RM3.00 sebuah pada masa pelancaran 18/01/2015 nanti dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
  2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)...Tak letak pun tak per asalkan korang ingat nak sedekah subuh...
  3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa niat untuk dunia dan akhirat.
  4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.  
  5. Waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.
  6. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.
  7. Apabila sampai AJK pengutip dari Biro HAWA, anda keluarkanlah duit tersebut dan berikan kepada mereka untuk diagihkan kepada anak yatim atau asnaf yang benar-benar memerlukan dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. 
  8. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH

Sabtu, 27 Disember 2014

PAPAN NOTIS TIP TELAH DIAKTIFKAN




Papan Notis Taman Iram Perdana yang terletak di Jalan IP 1, tidak akan lagi jadi lambang semata-mata tetapi akan jadi pusat sumber informasi untuk warga TIP. Segala maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti Persatuan yang akan dijalankan oleh Persatuan Penduduk TIP akan dipamer di papan notis tersebut. 

Papan notis tersebut telah mula diaktifkan siang tadi dengan ada beberapa info terbaru telah dipamerkan di situ. Sebagai warga TIP yang prihatin, rajin-rajinlah singgah menjenguk papan tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini persatuan. Barulah jadi warga yang cakna.

Biro Komunikasi Persatuan Penduduk TIP akan sentiasa mengemaskini maklumat-maklumat di papan notis tersebut. Diharap semua warga TIP dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan papan dan kawasan persekitarannya. 

Khamis, 25 Disember 2014

BARISAN JAWATANKUASA & AHLI JAWATANKUASA PPTIP 2014/16

Inilah barisan Jawatankuasa & Ahli-Ahli Jawatankuasa yang diberi kepercayaan mentadbir persatuan untuk sessi 2014 hingga 2016 mengikut biro-biro yang telah ditetapkan. Semoga AJK yang dilantik ini akan dapat bekerja dengan lebih ikhlas demi persatuan. 

EN. MAT JAIS SEBAGAI PENGUTIP YURAN BULANAN PERSATUAN

Satu ketetapan dan keputusan telah dibuat di dalam mesyuarat AJK PPTIP Bil:1/2015 yang diadakan pada 25 December 2014 Jam 10:00am bertempat di rumah Pengerusi En. Tajol Arifin sebulat suara melantik En. Mat Jais Bin Hashim selaku wakil pengutip yuran bulanan persatuan untuk tahun 2015. Ini bermakna En Mat Jais akan melakukan kutipan dari rumah ke rumah semua penduduk taman. Diminta semua penduduk dapat memberikan kerjasama kepada En. Mat Jais dalam urusanya mengutip yuran tersebut. 

En. Mat Jais Bin Hashim yang dilantik adalah ketua Biro Keselamatan Dan Keceriaan Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana sessi 2014 hingga 2016. Beliau juga adalah AJK penaja yang dikekalkan menyandang sekali lagi jawatan AJK PPTIP. Mudah-mudahan dengan perlantikan saudara Mat Jais tahun 2015 ni akan bertambah baik rekod hasil kutipan yuran berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Selamat berjaya En. Mat Jais...

Isnin, 22 Disember 2014

NOTIS MESYUARAT AJK BIL 1:2015

Dimaklumkan mesyuarat Jawatankuasa / AJK bil. 1/2015 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 25 December 2014
Jam       : 10:00 pagi
Tempat : No 24 Jalan IP 17, Taman Iram Perdana (Rumah Pengerusi)
Agenda :  1/.  Ucapan Pengerusi
                 2/.  Program 2015
                 3/.  Isu-isu semasa / Perkara-perkara berbangkit

Semua AJK diminta hadir pada mensyuarat tersebut.

Ahad, 21 Disember 2014

YURAN PPTIP 2014.......

Assalam warga Taman Iram Perdana.

Untuk makluman semua yuran bulanan Persatuan Penduduk TIP untuk tahun 2015 adalah sebanyak RM10.00 sebulan dan masih kekal tidak ada sebarang perubahan. Setakat ini masih belum ada lagi keputusan samada Jawatankuasa akan memberikan rebet diskaun sebanyak RM20.00 kepada mana-mana ahli yang membuat membayar penuh satu tahun sepertimana tahun lalu. Keputusan akan dibuat semasa mesyuarat AJK yang akan diadakan pada 25 December 2014 nanti.

Bagi mereka yang masih lagi belum atau masih lagi mempunyai tunggakan yuran tahun ini 2014 diminta dapat membuat bayaran penuh dengan segera pada bulan ini kerana mulai tahun hadapan pihak persatuan akan mempamerkan senarai nama semua ahli  bersama rekod bayaran yuran di papan notis yang terletak di jalan IP 1. Diharap dengan kaedah ini dapat memudahkan kita menyemak status pembayaran yang telah kita buat. (takut kalau-kalau kita terlupa setakat mana kita sudah buat bayaran).

Pihak persatuan telah memberi kemudahan dengan menyediakan dua kaedah bayaran samada melalui talian terus transfer interbank atau melalui deposit tunai CDM di RHB Bank Berhad. No akaun bank PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IRAM PERDANA adalah 2-12077-0012115-7. Lagi satu kaedah adalah bayaran secara tunai melalui AJK atau terus kepada Bendahari dilantik PN. Nor Anisah Bt Ahmad No. 8 Jalan IP 12 


Sabtu, 20 Disember 2014

BIRO HAL EHWAL WANITA (HAWA) & KEBAJIKAN

Biro Hal Ehwal Wanita & Kebajikan (HAWA) Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana sedang giat menjalankan kampen keahlian untuk menyertai biro tersebut kepada semua penduduk wanita Taman Iram termasuk IP 2 & IP 8. Berbagai kegiatan dan program telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun hadapan. 

Yuran keahlian pendaftaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk menjadi ahli seumur hidup. Tiada yuran tambahan atau bulanan akan dikenakan kepada ahli-ahli yang berdaftar. Semua ahli layak untuk menerima keistimewaan yang ditawarkan. 

Sapa-sapa yang berminat untuk turut serta menjadi ahli HAWA bolehlah mendapatkan borang pendaftaran daripada AJK biro yang dilantik:

IP 1 Pn Latipah Bt Md Yusop (No 5 Jalan IP 1)
IP 17 Pn Siti Sanora Bt Hj Salleh ( No 24 Jalan IP 17)
IP 19 Pn Juhaini Bt Kamarudin (No 26 Jalan IP 19)
IP 19 Pn Norzalina Bt Kamaruddin ( No 24 Jalan IP 19)
IP 10 & 12 Pn Rohani Bt Saimi  (Ketua BIRO)
IP 10 & 12 Pn Siti Khaltum Bt Ali ( No 10 Jalan IP 12)

JOM JADI AHLI KHAIRAT KEMATIAN...

Kepada semua penduduk Taman Iram Perdana (termasuk IP 2 & IP 8) yang masih belum menjadi ahli khairat kematian Masjid Jamiatul Islamiah Batu 9, Kg. Medan boleh mendapatkan borang keahlian dan membuat bayaran sebanyak RM70.00 (Pendaftaran RM10.00 dan RM60.00 Yuran bulanan @ RM5.00 sebulan) kepada AJK Khairat Masjid yang baru dilantik iaitu Ustaz Mohd Shamsul Bin Mohamad Misran (No 10 jalan IP 12). 

Ustaz Mohd Shamsul telah dilantik sebagai wakil pengutip yuran khairat bagi seluruh Taman Iram Perdana sahaja. Beliau yang dilantik adalah ketua Biro Kerohanian & Khairat Kematian Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana. Perlantikan beliau telah dibuat pada 10/12/2014 dihadapan Nazir Masjid Jamiatul Islamiah dan Jawatankuasa Khairat Masjid dalam satu majlis taklimat khairat yang diadakan di Taman Iram Perdana baru-baru ini.

Khamis, 18 Disember 2014

GOTONG ROYONG TAHUNAN

Program gotong royong anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 2 MDKL pada 11 December 2014. Majlis dirasmikan oleh Ahli Majlis MPP zon 2 Ustaz Mohd Zain Bin Adbul Rahman. 

Ahli Majlis MPP Zon 2 Ustaz Mohd Zain

Alhamdulillah walaupun hari ini hari cuti umum negeri Selangor sempena Keputeraan Baginda sultan tapi kesanggupan penduduk meninggalkan bantal dan selimut turun bergotong royang membuktikan bahawa penduduk TIP masih lagi kuat mengamalkan budaya gotong royong.

khusyuk mendengar ucapan perasmian sebelum memulakan tugas..






Tn Nazir Masjid Jamiatul Islamiah Ustaz Mohd Rabeh bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana





Tuan Penasihat PPTIP En. Mohd Ghazali Bin Rashid


terima kasih semua penduduk TIP yang terlibat menjayakan program gotong royong tersebut. terima kasih juga pada pihak penganjur bersama MPP Zon 2 yang telah bertungkus lumus dari awal hingga akhir.
terima kasih juga pada tetamu-tetamu yang sudi datang walaupun sekejap untuk memberi semangat pada semua penduduk dan jawatankuasa serta AJK 

TAKLIMAT KHAIRAT KEMATIAN

Nazir Masjid Jamiatul Islamiah Ustaz Mohd Rabeh (baju putih)
sedang menyampaikan taskirah rengkas sebelum memberikan
taklimat berkenaan khairat kematian.

Satu taklimat berkenaan khairat kematian telah diadakan untuk semua penduduk Taman Iram Perdana (TIP) anjuran Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana dengan kerjasama Jawatankuasa Khairat Kematian masjid Majiatul Islamiah, Batu 9 Kampung Medan yang diketuai oleh Nazirnya Ustaz Mohd Rabeh pada 10 December 2014 jam 9:00 malam.


Ustaz Mohd Shamsul - tiga dari kanan
Dalam perjumpaan tersebut Ustaz Rabeh telah meminta dilantik seorang jurukutip yuran khairat dari kalangan penduduk TIP sendiri dan beliau yang dilantik akan diserap secara automatik sebagai AJK khairat masjid. Untuk mengelak penipuan dan penyelewengan semua duit yuran dari penduduk TIP hendaklah diserahkan kepada wakil yang dilantik untuk diserahkan terus kepada pihak pentadbiran khairat masjid. 

Pada majlis tersebut penduduk Taman Iram telah sebulat suara melantik ketua Biro Kerohanian dan Khairat Kematian Ustaz Mohd Shamsul Bin Mohamad Misran sebagai wakil penduduk untuk membuat kutipan wang yuran khairat. Ustaz Mohd Shamsul juga adalah setiausaha masjid Majiatul Islamiah dan akan dilantik sebagai AJK Khairat Kematian Masjid tersebut. Semoga selepas ini semua yang menjadi tanda tanya atau keraguan penduduk yang telah berdaftar sebagai ahli khairat kematian akan dapat diselesaikan dan tidak ada lagi keraguan.
sebahagian dari penduduk TIP yang hadir khusuk mendengar taskirah yang
disampaikan oleh Ustaz Rabeh.
Mana-mana penduduk TIP yang masih lagi belum berdaftar sebagai ahli Khairat Kematian boleh mendaftar dengan mendapatkan borang keahlian dari Ustaz Mohd Shamsul (IP 12). Bayaran / yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM70.00 termasuk yuran pendaftaran sebanyak RM10.00. Bermakna yuran bulanan ahli adalah sebanyak RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun. 

Khamis, 13 November 2014

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA 2014

Alhamdulillah.. seselai sudah melaksanakan kewajiban berpersatuan yang diselia oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Sesebuah persatuan yang berdaftar secara sah diwajibkan untuk menjalankan sekurang-kurangnya sekali mensyuarat agong dalam tempoh dua belas bulan. Persatuan juga wajib menghantar laporan minit mensyuarat agong kepada ROS untuk memenuhkan syarat.

Untuk tahun ini, mensyuarat agong ini adalah kali yang pertama walaupun ianya sudah berjalan empat kali termasuk mesyuarat kali ini. Tetapi mesyuarat ini dikira yang pertama kerana inilah julung-julung kalinya persatuan ini mengadakan mensyuarat agongnya setelah diterima sah sebagai sebuah persatuan yang berdaftar. 

Barisan Jawatankuasa Dan Ahli Jawatankuasa 2014/16
Pada kali ini sekali lagi penduduk Taman Iram Perdana dikehendaki memilih barisan Jawatankuasa dan Ahli-Ahli Jawatankuasa baharu memandangkan barisan JK yang lama hanya bergerak sebagai Jawatankuasa Penaja sahaja. Pengerusi Penaja sebelum ini En. Tajol Arifin perlu membubarkan keseluruhan JK lamanya untuk memberi laluan kepada penduduk TIP membuat pemilihan baharu JK dan AJK yang mereka fikirkan sesuai dan boleh menjalankan tugas sebagai pengurus persatuan dan taman mereka.

Dalam ucapan alu-aluan En. Tajol mengucapkan jutaan terima kasih pada semua barisan JK dan AJK Penaja yang telah bersama-samanya bertungkus lumus mengendalikan persatuan sehingga persatuan berjaya menjadi sebuah persatuan berdaftar dan berjaya membuka akaun persatuan di RHB Bank Port Klang. Berbagai aktiviti sepanjang tahun telah dijalankan untuk menafaat penduduk TIP.

Mensyuarat telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 2 (Majlis Daerah Kuala Langat) iaitu Ustaz Mohd Zain bin Abdul Rahman. 

Dalam pemilihan tersebut En. Tajol Arifin bersama lima orang Jawatankuasa penajanya telah berjaya mengekalkan jawatan untuk satu lagi penggal iaitu dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

Isnin, 27 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Salam Maal Hijrah 1436. Seperti mana tahun-tahun masihi, setiap tahun kita akan merayakan sambutan kedatangan tahun baru dengan berbagai program. Semua pihak berebut-rebut menganjurkan perayaan atau program-program yang sungguh gilang gemilang. Bunga api sana sini.. Sanggup berhabis berjuta-juta ringgit dibakar begitu sahaja. Program diisi dengan nyanyian-nyanyian artis-artis terkenal.. tak cukup local artis..import artis luar pulak... Inikah budaya yang kita akan tanam dan wariskan kepada generasi kita yang akan datang.. Kalau inilah budaya dan warisan kita.. malanglah kita sampai bila-bila.. 

Sempena bulan penghijrahan Rasullullah SAW yang mulia ini.. Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana melalui Biro Hal Ehwal Wanitanya (HAWA) akan menganjurkan satu program majlis ilmu dengan pengisian ceramah maal hijrah yang akan disampaikan oleh Ustazah Jemputan. Program ini atas anjuran kerjasama antara persatuan PPTIP dengan Pertubuhan Dakwah (DOA) Kuala Langat. Walau bagaimanapun program ini dikhususkan untuk muslimat sahaja..

In Sha Allah program tersebut akan di adakan pada keketapan seperti berikut:

Tarikh  : 08 November 2014 ( Sabtu )
Masa    : 2:30 pm ~ 5:30pm
Tempat : Jalan IP 17, Taman Iram Perdana. (Hadapan Ruman Pengerusi)

Semua Muslimat warga Taman Iram Fasa 1, 2 & 3 serta muslimat persekitaran Taman Iram dijemput bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Isnin, 30 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADHAN 1435-H

Alhamdulillah... Hari ini sudahpun 2 Ramadhan 1435. Bermakna sudah masuk 2 hari kita dan umat islam yang lainnya berpuasa menunaikan Rukun Islam yang ke-3 dalam susunan rukun Islam itu sendiri. Tidak terlambat rasanya saya ingin mengucakpan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SETERUSNYA SELAMAT BERBUKA (Petang Nanti)" buat semua warga Taman Iram Perdana.

Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah.  Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Moga dengan kedatangan Ramadhan ini, kita dapat memperbaiki amal ibadah kita dan semoga Ramadhan tahun ini juga adalah Ramadhan terbaik buat kita semua. Anggaplah Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan terakhir kita. Pasangkan target atau matlamat kita tentang Ramadhan kali ini. Apa yang kita inginkan pada Ramadhan kali ini. Adakah kita mahu Ramadhan kali ini sama sahaja dengan Ramadhan tahun yang lepas-lepas atau kita mahu sasuatu yang  lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini.

Segala-galanya tepuk dada Tanya iman.

Alhamdulillah tahun ini kita warga TIP dapat bersama-sama dalam satu saf menunaikan solat tarawikh yang hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja di surau Al-Ghuraba' .


Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga ramadhan tahun ini dapat menyatukan kita semua warga TIP dalam semangat kejiranan dan kekeluargaan yang tinggi sesame kita.

Sabtu, 3 Mei 2014

GOTONG ROYONG MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN SURAU AL-GHURABA'

Satu program gotong royong membersih dan menceriakan surau Al-Ghuraba' Taman Iram Perdana telah diadakan pada 1 Mei 2014 yang baru lalu. Terima kasih kepada semua AJK surau dan penduduk TIP yang sudi meluangkan masa mengembeling tenaga turun bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran surau tersebut. 



Nampaknya surau dah nampak sedikit keceriaan.. So .. marilah kita beramai-ramai pula mengimarahkannya dengan memperbanyakkan barisan shaf sewaktu sembahyang berjemaah dan majlis-majlis anjuran surau..

SUKANEKA KALI KE-2 TAMAN IRAM PERDANA 2014


Pada 27 April 2014 (Ahad) yang lalu, Taman Iram Perdana atas usaha Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) telah mengadakan satu program sukaneka untuk semua warga TIP dengan jayanya. Berbagai acara untuk semua kategori disediakan bagi memberi peluang kepada seluruh warga TIP semua peringkat umur dapat merasai kemeriahan sukaneka tersebut.

Program sukaneka tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat MPP Zon 2 Tuah Haji Ghazali Bin Abdullah yang mewakili Ahli majlis MDKL Ustaz Mohd Zain Bin Abd Rahman (yang terpaksa menghadiri satu majlis lain pada masa yang sama). Dalam ucapannya Timbalan Ahli Majlis tellah mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan PPTIP Berjaya menganjurkan satu program yang cukup meriah dan gilang-gemilang. Beliau juga meminta keharmonian yang dikecapi oleh warga TIP sekarang dapat dikekalkan atas semangat kejiranan.

Sebelum itu Pengerusi Taman Iram Perdana En. Tajol Arifin Bin Basri dalam ucapanya telah mengucapkan terima kasih atas sambutan dan kehadiran warga TIP yang tidak disangka. Sambutan amat menggalakkan dan membanggakan sehingga dia merasakan keletihan yang dilalui oleh beliau dengan semua barisan AJK PPTIP & AJK Perlaksana sukaneka berbaloi. Hilang penat tinggal puas...
Sebanyak 18 acara telah dipertandingkan untuk semua peringkat umur dan kategori.Semua warga tidak kira usia berpeluang untuk bermain bersama dan memeriahkan majlis. In sha Allah program ini akan menjadi program tahunan TIP dan mulai tahun hadapan program ini akan melihat gabungan 3 taman Taman Iram Perdana dalam satu program. Mudah-mudahan semuanya tercapai.

Sekaneka bermula dari jam 8:30 pagi dan berakhir jam 1:30 petang.

Ahad, 16 Mac 2014

Majlis Tahlil Bulanan TIP

As.. salamualaikom..

Image
Alhamdulillah.. selesai sudah majlis Bacaan Tahlil Aruwah Taman Iram Perdana yang di adakan sebagai aktiviti bulanan oleh Penduduk Taman Iram Perdana. Program tahlil tersebut telah diilhamkan dan dimulakan sejak dari tahun 2013. Seramai lebih kurang 24 orang penduduk TIP telah membuat satu program bersama dimana mereka yang telah bersatu hati mengadakan kutipan sebanyak RM10.00 seorang ketua keluarga sebulan untuk mengadakan majlis tahlil secara giliran.




ImageBaru-baru ini pada 15/03/2014 satu majlis tahlil telah diadakan di rumah saudara Norlizal (AJK Biro Sukan) dan Pn Nisa (Bendahari) Taman Iram Perdana. Pada hari tersebut majlis telah dipimpin oleh ketua Biro Agama & Khairat iaitu Ustaz Mohd Samsul Bin Misran.

Dikesempatan berkumpul sesama warga penduduk Taman Iram Perdana tidak disia-siakan begitu sahaja. Kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh semua penduduk untuk beramah mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. Mereka juga telah bertukar-tukar fikiran dan mengambil peluang untuk mendengar sedikit sebanyak perkembangan maklumat dari pengerusi taman En Tajol Arifin Basri berkenaan perancangan yang telah diatur oleh Ahli Majlis MPP Zon 2 (Ustaz Mohd Zain Ghazali) untuk faedah semua penduduk yang terletak di bawah lingkaran MPP Zon 2.

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan oleh penduduk Taman Iram Perdana untuk menambahkan lagi kemesraan diantara penduduk.