Hari ini akan berlabuhlah tirai tahun 2014 yang penuh dengan cabaran dan dugaan dari Allah buat umatNya. Berbagai kepayahan dan kesusahan terpaksa kita harunggi dengan penuh ketabahan. Ini semua Allah mahu melihat secekal mana dan sekuat mana hati kita berpegang kepada ketentuan Allah. Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini pasti tidak akan terlepas dari ujian Allah SWT. Begitu juga kita di Taman Iram Perdana ini. Berbagai dugaan dan cabaran yang harus diharungi untuk meneruskan kehidupan saharian kita.
Bagi pemimpin-pemimpin dan AJK PPTIP tahun 2014 adalah tahun yang sungguh penuh warna warni. Ada suka ada duka.. Berbagai kenangan pahit manis tercatat dalam sejarah PPTIP. Tahun 2014 telah mencacatkan memori manis bagi kita semua dimana tahun ini kita telah berjaya menjadikan Persatuan kita sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar sah di sisi undang-undang pertubuhan.
Tahun 2014 juga telah menyaksikan PPTIP telah berjaya menganjurkan beberapa program besar termasuklah Program Sukaneka dan Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Biro Hawa dengan kerjasama Pertubuhan Dakwah Kuala Langat (DOA) juga telah berjaya mengadakan satu program keilmuan untuk mendalami ilmu agama yang dianjurkan sempena sambutan Ma'al Hijrah yang lalu.
In Sha Allah pada tahun 2015 yang akan datang mulai tenggah malam ini, persatuan kita akan lebih berjaya dan maju. Mudah-mudahan Allah memberikan kita jalan yang mudah untuk kita melaksanakan program-program yang telah dirancang samada melalui persatuan induk atau melalui biro-bironya.
Disamping kajayaan manis, tahun 2014 juga mencatatkan kepahitan kepada PPTIP. Hasil kutipan yuran persatuan amat tidak memuaskan. Kira-kira hanya 40% sahaja ahli / penduduk yang membuat bayaran yuran untuk sepanjang tahun ini walaupun berbagai kampen dan peringatan telah dibuat. Kami amat berharap tahun 2015 yang akan bermula esok dapat mencapai sasaran kutipan yuran lebih baik dengan melantik seorang AJK pengutip yang akan membuat kutipan dari rumah-kerumah. Hanya kerjasama dan kesedaran dari diri kita yang mampu merealisasikan kutipan yuran ini menjadi kenyataan.
Untuk mencapai matlamat kejayaan persatuan kita, sama-samalah kita memberikan kerjasama kepada seluruh barisan Jawatankuasa dan Ahli-Ahli Jawatankuasanya sebagai peneraju pentadbiran persatuan. Berilah kometment dan kerjasama apa yang yang mereka mahukan samada dari segi kutipan yuran atau gotong-royong dalam perlaksanaan satu-satu program. Tanpa kerjasama dari komuniti, segala apa juga program yang dirancang tidak akan menjadi.
Akhir kata saya selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga TIP termasuk TIP IP2 & IP 8. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih kebaikkan, kejayaan, keceriaan, kemudahan dan kesenangan kepada kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan