Khamis, 18 Disember 2014

TAKLIMAT KHAIRAT KEMATIAN

Nazir Masjid Jamiatul Islamiah Ustaz Mohd Rabeh (baju putih)
sedang menyampaikan taskirah rengkas sebelum memberikan
taklimat berkenaan khairat kematian.

Satu taklimat berkenaan khairat kematian telah diadakan untuk semua penduduk Taman Iram Perdana (TIP) anjuran Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana dengan kerjasama Jawatankuasa Khairat Kematian masjid Majiatul Islamiah, Batu 9 Kampung Medan yang diketuai oleh Nazirnya Ustaz Mohd Rabeh pada 10 December 2014 jam 9:00 malam.


Ustaz Mohd Shamsul - tiga dari kanan
Dalam perjumpaan tersebut Ustaz Rabeh telah meminta dilantik seorang jurukutip yuran khairat dari kalangan penduduk TIP sendiri dan beliau yang dilantik akan diserap secara automatik sebagai AJK khairat masjid. Untuk mengelak penipuan dan penyelewengan semua duit yuran dari penduduk TIP hendaklah diserahkan kepada wakil yang dilantik untuk diserahkan terus kepada pihak pentadbiran khairat masjid. 

Pada majlis tersebut penduduk Taman Iram telah sebulat suara melantik ketua Biro Kerohanian dan Khairat Kematian Ustaz Mohd Shamsul Bin Mohamad Misran sebagai wakil penduduk untuk membuat kutipan wang yuran khairat. Ustaz Mohd Shamsul juga adalah setiausaha masjid Majiatul Islamiah dan akan dilantik sebagai AJK Khairat Kematian Masjid tersebut. Semoga selepas ini semua yang menjadi tanda tanya atau keraguan penduduk yang telah berdaftar sebagai ahli khairat kematian akan dapat diselesaikan dan tidak ada lagi keraguan.
sebahagian dari penduduk TIP yang hadir khusuk mendengar taskirah yang
disampaikan oleh Ustaz Rabeh.
Mana-mana penduduk TIP yang masih lagi belum berdaftar sebagai ahli Khairat Kematian boleh mendaftar dengan mendapatkan borang keahlian dari Ustaz Mohd Shamsul (IP 12). Bayaran / yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM70.00 termasuk yuran pendaftaran sebanyak RM10.00. Bermakna yuran bulanan ahli adalah sebanyak RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan