Jumaat, 1 Mei 2015

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN

Satu program kerja sosial Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) diketuai oleh pengerusinya En. Tajol Arifin Bin Basri telah mengadakan satu lawatan silaturahim ke rumah salah seorang penduduk Taman Iram Perdana yang kurang upaya. Dalam lawatan tersebut pengerusi ditemani oleh timbalanya En. Shaharin Bin Saari sempat berbual mesra bertanya khabar kepada Cikgu Sulaiman Bin Sukardi dan isterinya Pn Sabariah yang kedua-duanya sedang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kronik.
Cikgu Silaiman B Sukardi terharu dengan kunjungan
Pengerusi PPTIP & Timbalannya

Di dalam lawatan itu pengerusi PPTIP telah menyampaikan sedikit sumbangan hasil kutipan dari AJK persatuan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan persatuan kepada ahli-ahlinya. 

“Saya minta maaf pada semua penduduk kerana saya selalu buat bising satu ketika dulu, sebab saya tak boleh nak tidur.. Fikiran berkecamuk..sebab itu saya bising pada semua orang” kata cikgu Sulaiman dengan nada yang agak sebak kepada pengerusi PPTIP.

“saya cadang nak buat kenduri kesyukuran dirumah ini nanti kalau kami berdua sembuh seperti sedia kala.. “ sambung Cg. Sulaiman lagi..

Mengakhiri lawatan tersebut pengerusi sempat mempelawa anak-anak beliau untuk turut serta aktif berpersatuan bersama-sama dengan penduduk yang lain.

Semoga kesihatan cikgu sulaiman dan isteri semakin pulih dan bertambah baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan