Sabtu, 16 Mei 2015

SELAMAT HARI GURU & ISRAK MIKRAJ

16 Mei setiap tahun disambut sebagai hari meraikan guru atau cikgu seluruh dunia. Hari yang penuh makna bagi semua guru yang mengembeling dan menghabiskan sepenuh masanya di sekolah. Dari seawal  usia 5 tahun lagi guru-guru ini mula memijakkan kakinya ke sekolah sebagai seorang murid ketika itu. Setelah habis sekolah peringkat pertanggahan mereka menyambung belajar di kolej , university (sekolah lagi..) sehinggalah tamat dan memulakan keriar pekerjaannya sebagai tenaga pengajar atau sebagai seorang cikgu.. (disekolah juga..). So.. selagi tidak pencen guru-guru ini akan sentiasa hadir ke sekolah setiap hari tanpa jemu. Hari-hari menghadap papan hitam/hijau/putih dari dulu hingga sekarang...

Tiba 16 Mei semua guru sebok menyiapkan persediaan untuk sambutan hari guru. Semua perancangan di atur dengan teliti. Banyak aktiviti dianjurkan. semua guru terlibat tanpa tidak ada seorangpun yang terkecuali. Itulah guru.. nak sambut hari gurupun kena buat sendiri..mereka sendiri yang merayakannya.. mereka sendiri yang menganjurkannya.. macam syok sendirilah pulak yer.. tapi itulah hakikatnya mereka yang  bergelar cikgu nie.. kesian.. semua kena buat sendiri.. 

Jadi dikesempatan ini Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru Malaysia teristemewa guru-guru yang tinggal di Taman Iram Perdana. Jasa dan pengorbanan kalian amat dihargai dan disanjung tinggi. Tiada guru tiadalah PM, tiadalah TPM, tiadalah pak-pak menteri malahan tiadalah Agong.. kebolehan semua mereka dan kita semua adalah bermula dari guru.. malah guru itu sendiripun berguru dengan gurunya.. dari tidak mengenali ABC.. 123 sehiggalah kita jadi manusia / kita hari ini....

Selamat menyambut Israk Mikraj kepada semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan