Ahad, 29 Disember 2013

Mesyuarat Agong Taman Iram Perdana

Mesyuarat agong penduduk Taman Iram Perdana telah di adakan pada 19 November 2013, jam 3:30pm di perkarangan jalan IP 19. Mesyuarat telah dipengerusikan buat kali terakhir oleh mantan Pengerusi Taman Iram Perdana iaitu Saudara Mohd Shamsul Misran yang telah tamat tempoh perkhidmatannya. Dalam mesyuarat tersebut En Mohd Shamsul telah mengumumkan pembubaran semua Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa yang telah sama-sama berkhidmat selama 3 tahun. 
Inilah wajah-wajah sebahagian daripada Barisan Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa yang diketui oleh En. Ghazali Rashid (Penasihat)

Seramai 23 orang Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa yang terdiri dari muka-muka baru telah dilantik untuk meyambung tugas berkhidmat untuk Taman Iram Perdana bagi tiga tahun mulai dari tahun 2013 hingga tahun 2015. mereka yang dilantik adalah terdiri dari 6 orang Jawatankuasa Eksekutif dan 17 orang Ahli Jawatankuasa.

Mesyuarat dipengerusikan sementara oleh En. Azlan (IP 10)