Ahad, 16 Mac 2014

Majlis Tahlil Bulanan TIP

As.. salamualaikom..

Image
Alhamdulillah.. selesai sudah majlis Bacaan Tahlil Aruwah Taman Iram Perdana yang di adakan sebagai aktiviti bulanan oleh Penduduk Taman Iram Perdana. Program tahlil tersebut telah diilhamkan dan dimulakan sejak dari tahun 2013. Seramai lebih kurang 24 orang penduduk TIP telah membuat satu program bersama dimana mereka yang telah bersatu hati mengadakan kutipan sebanyak RM10.00 seorang ketua keluarga sebulan untuk mengadakan majlis tahlil secara giliran.




ImageBaru-baru ini pada 15/03/2014 satu majlis tahlil telah diadakan di rumah saudara Norlizal (AJK Biro Sukan) dan Pn Nisa (Bendahari) Taman Iram Perdana. Pada hari tersebut majlis telah dipimpin oleh ketua Biro Agama & Khairat iaitu Ustaz Mohd Samsul Bin Misran.

Dikesempatan berkumpul sesama warga penduduk Taman Iram Perdana tidak disia-siakan begitu sahaja. Kesempatan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh semua penduduk untuk beramah mesra dan saling mengenali antara satu sama lain. Mereka juga telah bertukar-tukar fikiran dan mengambil peluang untuk mendengar sedikit sebanyak perkembangan maklumat dari pengerusi taman En Tajol Arifin Basri berkenaan perancangan yang telah diatur oleh Ahli Majlis MPP Zon 2 (Ustaz Mohd Zain Ghazali) untuk faedah semua penduduk yang terletak di bawah lingkaran MPP Zon 2.

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan oleh penduduk Taman Iram Perdana untuk menambahkan lagi kemesraan diantara penduduk.