Isnin, 30 Jun 2014

MARHABAN YA RAMADHAN 1435-H

Alhamdulillah... Hari ini sudahpun 2 Ramadhan 1435. Bermakna sudah masuk 2 hari kita dan umat islam yang lainnya berpuasa menunaikan Rukun Islam yang ke-3 dalam susunan rukun Islam itu sendiri. Tidak terlambat rasanya saya ingin mengucakpan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SETERUSNYA SELAMAT BERBUKA (Petang Nanti)" buat semua warga Taman Iram Perdana.

Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah.  Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Moga dengan kedatangan Ramadhan ini, kita dapat memperbaiki amal ibadah kita dan semoga Ramadhan tahun ini juga adalah Ramadhan terbaik buat kita semua. Anggaplah Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan terakhir kita. Pasangkan target atau matlamat kita tentang Ramadhan kali ini. Apa yang kita inginkan pada Ramadhan kali ini. Adakah kita mahu Ramadhan kali ini sama sahaja dengan Ramadhan tahun yang lepas-lepas atau kita mahu sasuatu yang  lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini.

Segala-galanya tepuk dada Tanya iman.

Alhamdulillah tahun ini kita warga TIP dapat bersama-sama dalam satu saf menunaikan solat tarawikh yang hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja di surau Al-Ghuraba' .


Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga ramadhan tahun ini dapat menyatukan kita semua warga TIP dalam semangat kejiranan dan kekeluargaan yang tinggi sesame kita.