Ahad, 18 Januari 2015

PROGRAM JALINAN KASIH - BIRO HAWA PPTIP

Assalamualaikom..

Warga Taman Iram sedang mendengar ucapan perasmian
 oleh YB Dato' Hj Ahmad Yunus Khairi,
ADUN Sijangkang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Alhamdulillah hari ini tercatat satu lagi sejarah bagi PPTIP dimana hari ini telah berjaya melaksanakan satu lagi dengan jayanya. Program JALINAN KASIH yang dikelolakan oleh Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) PPTIP. Walaupun program hanya setenggah hari iaitu dari jam 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari namun semua warga yang hadir ternyata berpuashati dan gembira dengan program yang telah disusun. Pengisian program yang padat dengan ektiviti seperti Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Pemakanan Sihat Dan pelancaran Tabung Derma Subuh. Semua program berjalan dengan sempurna.



bergambar kenangan bersama Team Medic dengan YB Dato' Hj Ahmad Yunus Khairi
dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana En. Tajol Arifin Basri
Apa yang lebih menerujakan ahli HAWA dan warga TIP adalah kehadiran tetamu istemewa yang tidak diduga iaitu kehadiran Ahli Exco Hal Ehwal Agama Islam Dan Adat-Istiadat Melayu Dan Kampung Tradisional Negeri Selangor, YB Dato' Dr. Haji Ahmad Yunus Bin Khairi yang sudi meluangkan sedikit masa bersama-sama dengan penduduk TIP seterusnya merasmikan Majlis pagi tersebut. Kesudian YB hadir walaupun tanpa dijemput secara rasmi dan berprotokol amat menyentuh hati semua warga TIP.  
Kaum HAWA khusuk mendengar ceramah pemakanan sihat dari Dr. Nasa 

Program pagi ini dimulakan dengan pemanasan badan senamrobik yang diketuai oleh guru senamrobik jemputan yang didatangkan khas dari Sekolah Kebangsaan Lasale, Klang iaitu En. Ahmad Iszuddin. Semua warga yang hadir termasuk kaum bapa dan anak-anak turut serta memanaskan badan bersenamrobik bersama. 

Majlis gimik pelancaran Tabung Derma Subuh yang
disempurnakan oleh YB Dato'
Dalam ucapan Pengerusi PPTIP En Tajol Arifin Basri telah mengucapkan terima kasih kepada semua warga dan agensi-agensi yang terlibat hari ini atas kehadiran mereka. En Tajol juga telah menerangkan apa sebenarnya Tabung Subuh yang disebut-sebut oleh HAWA dimana hari ini tabung tersebut yang sepatutnya dijual dengan harga RM3.00 sebuah telah diberi secara percuma kepada semua ahli HAWA kerana ada hamba Allah yang sudi menaja keseluruhan tabung tersebut. 

YB Dato' Dr Ahmad Yunus sedang mmemberi ucapan saterunya
 merasmikan Program Jalinan Kasih
Majlis dirasmikan oleh YB Dato' serta pelancaran Tabung Derma Subuh juga disempurnkan oleh YB Dato'.  YB Dato' telah mengucakpan Tahniah kepada PPTIP kerana telah mengadakan program yang walaupun agak ringkas dan kecil namun amat bermanafaat kepada seluruh warga TIP itu sendiri. YB Dato telah memuji PPTIP kerana menjadi agen penerangan kepada Kerajaan Negeri kerana hari ini PPTIP telah menjemput team TAWAS membuka kaunter bagi memberi peluang kepada warga TIP yang mempunyai anak dibawah 5 tahun berdaftar sebagai ahli TAWAS. YB Dato' juga telah memberikan tawaran sekiranya ada apa-apa yang diperlukan oleh taman, beliau sedia memberi dan menyalurkan bantuan semampu yang boleh.

Akhir sekali TAHNIAH diucapkan kepada semua warga Taman Iram Perdana atas kejayaan penganjuran satu program yang sungguh bermanafaat kepada semua, bukan sahaja untuk penduduk taman itu sendiri tapi secara tidak langsung kepada komuniti persekitaran yang benar-benar memerlukan bantuan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan