Sabtu, 27 Jun 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH LANTIKAN AJK PPTIP SESSI 2014/2016

31 Mei 2015 (Ahad) Bertempat di Jalan IP 10 berhadapan padang permainan Taman Iram Perdana (TIP) berlangung satu majlis bersejarah kepada semua barisan AJK Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) yang diketuai oleh Pengerusinya En. Tajol Arifin Bin Basri atas kurniaan watikah lantikan sebagai Ahli-Ahli Jawatankuasa PPTIP untuk sessi 2014 hingga 2016. Penyampaian watikah lantikan telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hj Khairi, EXCO kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sijangkang.

Sebelum itu YB Dato' Exco telah berucap merasmikan SUKANEKA iaitu satu program tahunan anjuran PPTIP. Dalam ucapan YB Dato' menzahirkan rasa gembira di atas penganjuran program-program kemasyarakatan yang memupuk semangat kejiranan seperti yang dianjurkan oleh PPTIP ini. YB Dato' juga mengucapkan tahniah kepada PPTIP kerana berjaya menjadikan persatuan PPTIP satu badan NGO yang aktif dengan penganjuran-penganjuran program bermanafaat serta mampu memupuk semangat kejiranan dan kemasyarakatan.

Dato' Ahmad Yunus juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK yang dilantik dan berharap sumua AJK dapat meneruskan usaha menyatupadukan penduduk TIP dan menjalankan kerja dengan amanah dan ikhlas.

Antara AJK yang hadir menerima sijil-sijil perlantikan tersebut adalah:


YB Dato' Dr. Ahmad Yunus B Khairi dirinigi oleh
 En. Tajol Arifin B Basri (Pengerusi PPTIP), Tn. Hj Johari (Pengerusi JKKK)
dan En. Shaari Bin Sarkoni (Setiauasa MPP Zon 2)
PENGERUSI : En Tajol Arifin B Basri
TIMB. PENGERUSI : En Mohd Shahrin Bin Saari

BENDAHARI (baru) : En Zaibidi b Alias

BIRO AGAMA : En Azizul bin Abdullah

BIRO HALEHWAL WANITA (HAWA) : Pn. Rohani Bt Saimi
SETIAUSAHA BIRO HAWA : Pn. Siti Sanora Bt Hj Salleh

AJK BIRO HAWA : Pn Latipah Bt Yusop

AJK BIRO HAWA : Pn Juhaini Bt Makaruddin

BIRO KEMASYARAKATAN : Pn Sadiah Bt Tahir

AJK BIRO KEMASYARAKATAN : En Mohd Sabri Bin Abdul Aziz 

Pengerusi PPTIP menyampaikan cenderahati kepada YB Dato'
sebagai tanda terima kasih dan penghargaan 
Tiada digambar :

1. En Azlan Bin Bastani (Setiausaha)
2. En Shamsul Bahari B Bokhari (Biro Sukan & Rekrasi)

Sebahagian AJK yang tidak dapat hadir adalah : 
1. Ustaz Mohammad Shamsul b Misran (BIRO Agama)
2. En Mat Jais  (Biro Keselamatan & Keceriaan)
3. En. Latip (Biro Keselamatan & Keceriaan)
4. En. Ghazali (Tn. Penasihat)
5. Pn. Hasliza Bt Harun ( Timb. Setiausaha)

SUKANEKA TIP 2015

31 Mei 2015 (Ahad) Bertempat dipadang permainan Taman Iram Perdana (TIP), Jalan IP 10 berlangsung satu lagi program tahunan Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) yang mana pada hari ini program sukaneka TIP kali ke-3 dilangsungkan dengan jayanya.

Program dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Ahmad Yunus Bin Hj. Khairi, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sijangkang. Sebagai simbolik perasmian YB Dato berkenan membuat gimmik pelancaran dengan disaksikan dan dikerumuni oleh anak-anak TIP.

Pelbagai acara telah disusun untuk dipertandingkan kepada semua penduduk dari berbagai peringkat umur. Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga sungguh berpatutan dan bersesuaian untuk kegunaan seisi keluarga. Antara acara yang dipertandingkan 2 acara individu untuk setiap ketegori iaitu untuk ketegori kanak-kanak dari umur 6 tahun hingga 9 tahun, remaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun dan ketegori ibu bapa.. Manakala untuk acara berkumpulan pula sebanyak 4 acara untuk setiap ketegori. Rata-rata semua penduduk yang datang akan membawa pulang sekurang-kurangnya 2 hadiah diakhir program sukaneka berkenaan..

Semua penduduk yang hadir disediakan dengan sarapan pagi yang ditaja oleh MPP Zon-2 dan PPTIP dan makanan tenggahari juga disediakan untuk memudahkan mereka yang datang makan dan tidak perlu menyediakan masakan untuk makan tenggahari. Semua makanan ditanggung oleh MPP & PPTIP.

Beberapa orang AJK PPTIP sedang membuat persiapan padang untuk
SUKANEKA  yang akan dilangsungkan esok

Pendaftaran kehadiran dan teka biji betik oleh penduduk TIP

AJK Biro Sukan En Shamsul Bahari dibantu oleh AJK Biro Agama En Azizul
sedang menyediakan peralatan sukan baling belon berair..

AJK Hadiah bertungkuslumus menyusun dan menyeiakan persiapan
 hadiah agar penyampaian hadiah berjalan dengan lancar

Majlis Perasmiah oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Khairi
EXCO Kerajaan Selangor 
Gimmik pelancaran disempurnakan oleh YB Dato'

Sedia untuk acara kanak-kanak

Acara untuk bapa " Kupas limau kasturi"

Acara kaum ibu " Kupas Limau Kasturi"




Acara ibu " Carik-carik besambung jua"




Acara Remaja "Baling Belon Air"

Selasa, 2 Jun 2015

PROGRAM DIAMBANG RAMADHAN

Sabtu 3 Mei 2015 bertempat di jalan IP 10 berhadapan padang permainan TIP telah berlangsung satu lagi program berbentuk keilmuan anjuran Biro Hal Ehwal Wanita & Kebajikan (HAWA) Persatuan Penduduk Taman Iram Perdana (PPTIP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 2. Pada kali ini program tersebut dipengerusikan oleh Taman Iram Perdana. ini adalah program sulung JPP semenjak penubuhannya pada awal tahun ini.

Pengisian program diisi dengan majlis ilmu ceramah perdana yang disampaikan oleh Al-Fathil Ustaz Azwan Hafiz bin Ahmed (Mantan Timbalan Qadhi daerah Klang) yang kini menjadi ustaz J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Dengan cara penyampaian yang bertenaga dan mesra  keletah ustaz Azwan dapat menarik perhatian hadirin yang datang walaupun program tersebut diadakan pada waktu yang sungguh mencabar. Waktu 2:30 petang adalah waktu yang sungguh mencabar keimanan seseorang manusia untuk menghadiri majlis ilmu seperti itu. Dengan cuaca yang agak panas ustaz Azwan dapat menarik minat pengunjung mengikuti ceramahnya hingga ke akhir program kira-kira jam 5 petang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh setiauasaha PPTIP En. Mohammad Azlan Bin Bastani dan diikuti dengan ucapan alu-aluan pengerusi JPP Zon Dato' Haji Nordin Bin Hj Selamat. Dalam ucapan beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada PPTIP Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa JPPZ2 serta Pertubuhan Dakwah Kuala Langat atas penganjuran program petang tersebut.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Dato' Hj Nordin kepada Ustaz Azwan Hafiz dan pengerusi PPTIP En Tajol Arifin B Basri pula telah menyampaikan cenderahati kepada Dato' Hj. Nordin b Hj Selamat sebagai simbolik berterima kasih. Majlis diakhiri dengan para tetamu dan VVIP menikmati hidangan makanan yang disediakan oleh Biro HAWA PPTIP.



Ustaz Azwan Hafiz sedang menyampaikan ceramahnya yang bertajuk
"Diambang Ramadhan"



Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azwan

Dato' Hj Nordin Menyampaikan Cenderahati kepada Ustaz
Azwan Hafiz 

Cenderahati disampaikan kepada dato' Hj Nordin oleh
Pengerusi PPTIP En Tajol Arifin Bin Basri sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih