Isnin, 18 Mei 2015

PROGRAM AMAL BIRO HAWA - RUMAH ASNAF & ANAK YATIM AL-BARAKH

17 Mei 2015 (Ahad) Seramai sembilan orang AJK dan ahli Biro HAWA diketuai oleh ketuanya Pn Rohani Bt Saimi telah mengadakan program pertama HAWA dengan mengadakan lawatan amal ke rumah Asnaf & Anak Yatim Al-Barakh Sijangkang yang terletak di jalan utama Klang Banting. 
bergambar kenagan bersama Ahli-Ahli HAWA dan anak-anak yatim diakhir majlis..
 Ahli-ahli HAWA yang hadir telah meluangkan masa memasak menu istemewa "Nasi Ayam" untuk dihidangkan kepada 40 orang anak yatim yang tinggal di asrama tersebut. Sementara Ahli-ahli HAWA sebok memasak di ruang dapur (makan), ketua Bironya dibantu oleh seorang lagi ahli sebok melayan karenah anak-anak yatim yang ada dibahagian dalam asrama dengan memberikan sedikit motivasi dan sedikit buah tangan kepada mereka
.
Ketua Biro Kemasyarakatan PPTIP Pn. Sadiah Bt Tahir (Ketua juru masak)
bersama S/U Biro HAWA Pn. Siti Sanora Bt Haji Salleh
sedang menyadiakan bahan-bahan masakan


Ahli-Ahli HAWA sedang sebok menyediakan persiapan memasak
untuk dihidangkan kepada anak-anak yatim

Kutua Biro HAWA Pn. Rohani Bt Saimi sedang beramah mesra dengan
anak-anak yatim

Anak-anak yatim rumah Al-Barakh sedang menikmati
sarapan pagi dengan juadah yang dibawa oleh Ahli-Ahli HAWA
Anak-anak rumah Barakh sedang menikmati makan tenggahari
 yang disediakan
Pn. Rohani bersama Pengurus Rumah Barakh sedang melayan
anak-anak yatim untuk makan tenggahari
Dalam majlis tersebut Pengerusi PPTIP En. Tajol Arifin juga sempat meluangkan sedikit masa bertanya khabar dan berjumpa dengan penyelia asrama tersebut pada waktu pagi diiringi oleh Setiausaha PPTIP En. Mohd Azlan Bin Bastani. Walau bagaimanapun En Tajol tidak dapat menunggu hingga majlis selesai dan beredar meninggalkan majlis atas sebab-sebab yang lain. Majlis ditunggu oleh En Azlan dan En Sabri bin Abdul Aziz hingga ke akhir mewakili PPTIP induk. 
S/U PPTIP En Mohd Azlan Bastani bersama Ahli Biro Kemasyarakatan
En. Sabri B Abdul Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan