Khamis, 13 November 2014

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA 2014

Alhamdulillah.. seselai sudah melaksanakan kewajiban berpersatuan yang diselia oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Sesebuah persatuan yang berdaftar secara sah diwajibkan untuk menjalankan sekurang-kurangnya sekali mensyuarat agong dalam tempoh dua belas bulan. Persatuan juga wajib menghantar laporan minit mensyuarat agong kepada ROS untuk memenuhkan syarat.

Untuk tahun ini, mensyuarat agong ini adalah kali yang pertama walaupun ianya sudah berjalan empat kali termasuk mesyuarat kali ini. Tetapi mesyuarat ini dikira yang pertama kerana inilah julung-julung kalinya persatuan ini mengadakan mensyuarat agongnya setelah diterima sah sebagai sebuah persatuan yang berdaftar. 

Barisan Jawatankuasa Dan Ahli Jawatankuasa 2014/16
Pada kali ini sekali lagi penduduk Taman Iram Perdana dikehendaki memilih barisan Jawatankuasa dan Ahli-Ahli Jawatankuasa baharu memandangkan barisan JK yang lama hanya bergerak sebagai Jawatankuasa Penaja sahaja. Pengerusi Penaja sebelum ini En. Tajol Arifin perlu membubarkan keseluruhan JK lamanya untuk memberi laluan kepada penduduk TIP membuat pemilihan baharu JK dan AJK yang mereka fikirkan sesuai dan boleh menjalankan tugas sebagai pengurus persatuan dan taman mereka.

Dalam ucapan alu-aluan En. Tajol mengucapkan jutaan terima kasih pada semua barisan JK dan AJK Penaja yang telah bersama-samanya bertungkus lumus mengendalikan persatuan sehingga persatuan berjaya menjadi sebuah persatuan berdaftar dan berjaya membuka akaun persatuan di RHB Bank Port Klang. Berbagai aktiviti sepanjang tahun telah dijalankan untuk menafaat penduduk TIP.

Mensyuarat telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 2 (Majlis Daerah Kuala Langat) iaitu Ustaz Mohd Zain bin Abdul Rahman. 

Dalam pemilihan tersebut En. Tajol Arifin bersama lima orang Jawatankuasa penajanya telah berjaya mengekalkan jawatan untuk satu lagi penggal iaitu dari tahun 2014 hingga tahun 2016.