Sabtu, 21 November 2015

PROGRAM SUMBANGAN ASNAF & FAKIR MISKIN KAMPUNG MEDAN / SIJANGKANG

15 Nov 2015 (Ahad). Biro Hal Ehwal Wanita & Kebajikan (HAWA) PPTIP sekali lagi melaksanakan tanggung jawab sosial mereka dengan memberikan sumbangan bantuan kepada keluarga asnaf dan fakir miskin juga anak yatim sekitar Kampung Medan dan Sijangkang.
Antara team bantuan yang melaksanakan pengagihan bantuan kepada asnaf dan anak yatim 
Pemilihan asnaf & fakir miskin ini diambil dari rekod data pelajar miskin dan yatim Sekolah Kebangsaan Kampung Medan. Kreteria pemilihan adalah terdiri daripada anak-anak yang benar-benar miskin. Ibu bapa pelajar tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak sihat untuk bekerja menyara keluarga.

Keadaan dapur kayu yang usang
untuk kegunaan memasak
Apa yang memeranjatkan team bantuan HAWA, masih lagi ada penduduk negari berstatus maju seperti Negeri Selangor yang miskin tegar di mana keluarga ini masih lagi menggunakan dapur kayu untuk memasak. Walaupun mereka tinggal dirumah PPRT namun mereka masih lagi menggunakan dapur kayu kerana ketidak mampuan mereka untuk membeli gas memasak.

Pada hari tersebut team bantuan yang diketuai oleh Pengerusi PPTIP En. Tajol Arifin Basri dan Ketua Biro HAWA Pn. Rohani Bt Saimi telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada enam buah keluarga asnaf dan anak yatim disekitar kawasan kampung Medan dan Sijangkang.

Semua penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur dengan apa yang telah disampaikan walaupun sumbangan dari PPTIP tidaklah seberapa, namun barangan yang disampaikan amat diperlukan oleh mereka. Antara barangan yang disampaikan termasuklah barang keperluan asas harian seperti beras, gula, kordial dan bahan-bahan makanan yang lain termasuk juga pakaian terpakai yang masih lagi baru dan cantik. Mereka juga telah menerima sejumlah wang tunai.

Program ini adalah hasil kerja Biro HAWA dan hasil kutipan TABUNG DERMA SUBUH ahli-ahli HAWA yang dilancarkan pada akhir tahun 2014 yang lalu. Program ini adalah program kedua biro mengagihkan hasil kutipan tabung tersebut.

SYABAS DAN TAHNIAH BIRO HAWA.

keluarga pertama : anak 4 tinggal bersama ibu mertua anak sulung bersekolah
di Banting, anak kedua berhenti sekolah darjah 6 kerana tak cukup
belanja wang saku, anak ke-3 darjah satu (dalam gambar)
dan anak ke-4 masih kecil berumur 3 tahun.

Senyum seorang ibu yang tak mampu berbuat apa-apa....
suami sakit lelah dan ambil upah kait buah sawit di kebun orang sekiranya sihat...

tersenyum menerima sedikit sumbangan yang dihulur..
disampaikan oleh Pn Siti Kalthum - Bendahari Biro HAWA

Wajah penuh pengharapan dari seorang cucu dan nenek yang telah uzur..

inilah keadaan rumah mereka untuk berteduh dari hujan dan panas..

keluarga ke-2 : Masih boleh bekerja membaiki smpan / bot nelayan.
 Isteri menjual kuih-muih dan nasi lemak di batu 1 Sijangkang.
Anak 14 salah seorang dari anaknya sedang belajar di luar negara
dan anak kecil masih darjah 3.


sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PPTIP En Tajol Arifin bin Basri


Keluarga ke-3 : tinggal menyewa di Taman Seri Medan.
Ketua keluarga bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah dan
 isteri baru memulakan kerja beberapa hari sebagai pembersih di sekolah.
 Anak ada 6 orang dan kesemuanya masih lagi dibawah umur dan masih bersekolah.



Sumbangan disampaikan oleh Pn Siti Kalthum bt Ali - Bendahari HAWA

Keluarga ke-4 : berniaga secara kecil-kecilan dihadapan sekolah SKKM.
Ketua keluarga sedang terlantar di hospital mengidap penyakit kanser.
Anak-anak masih bersekolah, salah sorang darinya belajar di SAMTA Sg. Manggis
 dan yang kecil-kecil berlajar di SKKM & SRAKM



Menerima sumbangan dari Bendahari HAWA pn. Siti Kalthum bt Ali

Keluarga ke-4: Seorang ibu tunggal yang menaggung 4 orang anak.
Bekerja membawa kereta pengangkutan anak-anak sekitar taman dan kampung
ke sekolah. 3 Anak masih bersekolah menanggah dan sekolah kebangsaan.
 Seorang dari anak memegang taraf OKU.

sedang diinterview oleh Ketua biro HAWA Pn. Rohani Bt Saimi


Keluarga ke-6 : menyewa tinggal di Taman Medan Jaya.
Sewa bulanan rumah RM500.00 sebulan dan tinggal berramai-ramai
 dengan nak-anak yang sudah bekeluarga. Memelihara cucu-cucu yang
masih bersekolah kerana abu dan ayah cucu-cucu mereka telah berpisah. 


Mengalami stroke dan tidak boleh lagi memandu taksi sehingga
taksi dipulangkan balik kepada syarikat akibat tidak lagi mampu membayar
sewa sebanyak RM150.00 sehari. Anak tingkatan 4 akan bekerja part-time
setelah habis waktu persekolahan untuk menolong meringankan beban keluarga.












  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan